Tuesday, 17 March 2009
Tahniah dan syabas kepada semua AJK Penganjur Program Hari Keluarga PPSM (Rimbunan Ukhwah PPSM) 2009. program yang bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang telah mencapai objektif pengisian program.
Ucapan terima kasih juga kepada peserta yang menghadiri program tersebut.
aktara aktiviti sepanjang program tersebut ialah:
Senaman pagi
memisahkan masyarakat:
makan atau minum
bile kertas melebihi kain
selamatkan Bom Nuklear!!!
perang BOM Nuklear
pilihan semua!!
kehebatan yang tidak terkira!!
kegembiraan yang tidak dapat dilafazkan dengan kata-kata! itulah hakikatnya...
inilah antara gambar2 program Family Day PPSM, sungguh meriah dan menarik.
terima kasih kepada semua yang hadir.....
Sekian.
Labels: Program 08/09
Saturday, 28 February 2009
Shahir : 017-4785143 atau di K15A 101
Farhah : 012-3798126 @ 019-3530673
Syikin : 017-2327826
Fathi : 017-9011043 @ 013-3917995 atau K14R-207
pastikan anda membayar berdasarkan saiz dan sila letakkan nama anda (max. 7 huruf)
sila membuat tempahan sebelum tarikh tutup pada 3 Mac 2009
Friday, 27 February 2009
Monday, 16 February 2009
Program pertama yg dikendalikan oleh AJKB pada sesi ini ialah lawatan ke Akademik. lawatan ke Pulau Pinang ini mengambil masa selama 3hari 2 malam iaitu bermula 13hb-15hb Februari 2009.
Program utama adalah memberi pendedahan kepada kanak-kanak yatim di bawah jagaan Rumah Kanak-kanak Taman Bakti. kebanyakan anak yatim di rumah tersebut adalah berumur beberapa bulan hinggalah 12 tahun. Lokasi
Acara Sukaneka
Program tersebut berjalan dengan lancar sehingga ke majlis perasmian penutup yang disempurnakan oleh Dr. Habibah, Felo PPSM merangkap Felo Kanan KIY.
aktiviti sampingan lain adalah melawat sekitar Pulau Pinang seperti Taman Rama-Rama, Bukit Bendera, dan kawasan sekitarnya.
AJK dan Peserta bergambar... Gambar kanak-kanak di rumah tersebut..
Tahniah dan Syabas kepada semua AJK program. jasa anda sangat dihargai.
Sekian....
Labels: Program 08/09
Thursday, 12 February 2009
Salam Sejahtera
Pengurusan Pusat Sumber dan Maklumat (PPSM) akan mengadakan lawatan ke Pulau Pinang. lawatan tersebut dikendalikan oleh Eksekutif Pengurusan Koleksi di bawah kendalian Ketua Pengarahnya Hazwani, beliau akan membawa seramai 30 orang ke Pulau Pinang. butiran seperti berikut:
Tarikh :13-15 Februari 2009
Masa bertolak : 9.30-10.00 malam
Bayaran : RM 30.00 (penginapan disediakan)
tempat bertolak : KIY
Tempat Program : sekitar Pulau Pinang
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Hazwani di talian 0175778641.
program ini juga bukan sahaja melibatkan lawatan tetapi juga akan melibatkan motivasi di rumah anak-anak yatim. sambil makan angin, sambil kita beramal.
sekian.
Wednesday, 28 January 2009
Salam Sejahtera
Tahniah dan Syabas kepada AJK program Pemantapan Organisasi kerana berjaya menganjurkan program tersebut sebagaimana yang ditetapkan. Pihak PPSM berasa bangga dengan pencapaian Program tersebut. Program tersebut yang tujuannya untuk meningkatkan kefahaman kita terhadap pengurusan organisasi dan perjalanan program telah berjaya mencapai matlamatnya.

Saya selaku pihak PPSM mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK program tersebut yang berjaya melaksanakan program tersebut. Tahniah dan Syabas sekali lagi untuk AJK program dan Ahli PPSM.
sekian
Labels: Program 08/09
Saturday, 3 January 2009
Salam Sejahtera.
setelah sebulan bercuti, kini kita menyambung pengajian kembali di kampus Bangi. keputusan peperiksaan yang diumumkan, menunjukkan bahawa ada kalangan kawan-kawan kita yang mendapat keputusan yang cemerlang dan sebaliknya. bagi yang mendapat keputusan yang baik dan cemerlang tahniah dan syabas diucapakan, bagi yang mendapat keputusan yang kurang cemerlang, anda masih ada peluang untuk mencuba, teruskan usaha anda untuk maju ke hadapan.
Sempena Tahun baru ini, saya mewakili pihak PPSM kiy ingin mengucapkan selamat Menyambut Tahun baru
Thursday, 23 October 2008
salam sejahtera
kita telah melalui 14 minggu pengkuliahan, kini tinggal beberapa hari lagi sebelum kita menghadapi peperiksaan. Peperiksaan Akhir Semesta akan bermula pada 3hb November dan berakhir pada 23 November 2008.
Peperiksaan ini merupakan ujian untuk menentukan percapaian kita di Universiti.
bagi AJKB yang bakal menghadapi peperiksaan buat kali pertama, saya mengucapkan semoga berjaya. manakala bagi AJKB & ALP, saya mengucapkan semoga berjaya, tingkatkan usaha anda, anda mampu mencapainya.
Gengamlah sebanyak mana A yang anda mahukan, jika anda tidak berjaya, itu bukannya penamat. teruskan usaha anda, belajarlah dari kesilapan dan sentiasa perbaiki diri anda.
kepada semua calon peperiksaan sama ada anda sebagai AJKB, AJKT atau ALP, saya mewakili pihak PPSM mengucapkan selamat maju jaya dan semoga mendapat tempat yang terbaik dalam peperiksaan.
"Be The BEst Among The Best"
berusahalah, kerana usaha itu tangga kejayaan!!!
Thursday, 9 October 2008
Alhamdullihlah syukur kita kehadrat Ilahi kerana limpah kurniaNya dapat juga kita kembali ke UKM di suasana Hari Raya ini.
Pada 11 Oktober 2008, akan diadakan Majlis Hari Raya dan Perpisahan Felo Penasihat PPSM, iaitu Cik Nissa Nadia (Kak Nissa). yang bertempat di Kalangkasar, KIY (insyaAllah).
semoga dengan kehadiran anda semua mengamit suasana Raya kita....
Selamat Hari Raya.
