Friday 19 September 2008

Selamat Bercuti

Salam Cuti

Kepada Semua Warga PPSM, selaku AJK, saya mengucapkan selamat bercuti kepada anda semua.
make sure datang balik lepas raya.

bagi menambahkan semangat dan jalinan ukhwah antara kita, tidak salah sekiranya saudara saudari membawa biskut dan kuih raya untuk jamuan Hari Raya yang bakal kita adakan di KIY.

selamat BErcuti.

salam kemaafan.

Thursday 18 September 2008

Salam Sejahtera.

kepada semua warga PPSM, pihak PPSM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir dan Batin.

Saya mewakili pihak AJKT PPSM ingin memohon seribu keampunan dan kemaafan dari saudara dan saudari sekalian.

penuh sesak dijalan raya,
semuanya pulang ke kampung halaman,
marilah kita menyambut raya,
jangan pula study kita lupakan.

Salam Aidilfitri.

Sunday 14 September 2008

PPSM akan mengadakan Majlis Hari Raya dan Penghargaan Felo Penasihat PPSM. Program tersebut dibawah kendalian Eksekutif Timbalan Pengerusi (ETP).

Pihak Penganjur mengharapkan kepada semua ahli PPSM mengharapkan sokongan daripada semua ahli PPSM bagi melancarkan program tersebut.
maklumat lanjut tentang program tersebut :

Program : Majlis Hari Raya dan Penghargaan Felo Penasihat
Tempat : Foyer/Kalangkasar, Kolej Ibrahim Yaakub
Tarikh : 11 Oktober 2008 (Sabtu)
Anjuran : Eksekutif Timbalan Pengerusi (ETP)
Bayaran : RM 4.00

Bayaran tersebut bolehlah dibayar kepada Nazihah (bendahari Program) atau boleh berurusan di talian 017 6068220.

Segala kerjasama anda sangat dihargai.

Sekian, terima kasih

PPSM telah menjalankan program keushawanan. program ini melibatkan Eksekutif Pengurusan Siber (EPS). dalam usaha yang di jalankan, beberapa barangan yang dijual telah mendapat sambutan daripada ahli PPSM dan juga pelajar-pelajar di Kolej Ibrahim Yaakub.
Program ini dijalankan dengan pihak pengurusan (AJK) mengambil tempahan daripada pembeli dan mengederkannya sebelum @ selepas Hari Raya. Antara produk yang ditawarkan ialah
Kad + Epal RM 1.70
Kad + Kismis + Kurma 2.00
Kad + Coklat 2.00
Kad + Lolipop 2.50
bagi harga kad ialah RM 0.50
Di harap ahli PPSM dapat membeli produk PPSM tersebut demi menjayakan lagi program tersebut.

sekian.

Monday 8 September 2008

PPSM telah menjalankan Program Interaksi. pada program yang sama, pihak PPSM berjaya menghasilkan bendera terpanjang di Tasik Kejuruteraan. walaupun pada hari tersebut terdapat 3 program yang dijalankan oleh pihak lain (persatuan lain) secara berasingan di kawasan tersebut, namun PPSM berjaya menjalankan program tersebut dengan jayanya.

Tahniah dan syabas kepada yang terlibat.

Sekian.

jalankan tanggungjawab anda sebaik mungkin.

 

blogger templates | Make Money Online