Thursday 23 October 2008

salam sejahtera

kita telah melalui 14 minggu pengkuliahan, kini tinggal beberapa hari lagi sebelum kita menghadapi peperiksaan. Peperiksaan Akhir Semesta akan bermula pada 3hb November dan berakhir pada 23 November 2008.

Peperiksaan ini merupakan ujian untuk menentukan percapaian kita di Universiti.

bagi AJKB yang bakal menghadapi peperiksaan buat kali pertama, saya mengucapkan semoga berjaya. manakala bagi AJKB & ALP, saya mengucapkan semoga berjaya, tingkatkan usaha anda, anda mampu mencapainya.

Gengamlah sebanyak mana A yang anda mahukan, jika anda tidak berjaya, itu bukannya penamat. teruskan usaha anda, belajarlah dari kesilapan dan sentiasa perbaiki diri anda.

kepada semua calon peperiksaan sama ada anda sebagai AJKB, AJKT atau ALP, saya mewakili pihak PPSM mengucapkan selamat maju jaya dan semoga mendapat tempat yang terbaik dalam peperiksaan.


"Be The BEst Among The Best"

berusahalah, kerana usaha itu tangga kejayaan!!!

Thursday 9 October 2008

Alhamdullihlah syukur kita kehadrat Ilahi kerana limpah kurniaNya dapat juga kita kembali ke UKM di suasana Hari Raya ini.

Pada 11 Oktober 2008, akan diadakan Majlis Hari Raya dan Perpisahan Felo Penasihat PPSM, iaitu Cik Nissa Nadia (Kak Nissa). yang bertempat di Kalangkasar, KIY (insyaAllah).

semoga dengan kehadiran anda semua mengamit suasana Raya kita....
Selamat Hari Raya.

Friday 19 September 2008

Selamat Bercuti

Salam Cuti

Kepada Semua Warga PPSM, selaku AJK, saya mengucapkan selamat bercuti kepada anda semua.
make sure datang balik lepas raya.

bagi menambahkan semangat dan jalinan ukhwah antara kita, tidak salah sekiranya saudara saudari membawa biskut dan kuih raya untuk jamuan Hari Raya yang bakal kita adakan di KIY.

selamat BErcuti.

salam kemaafan.

Thursday 18 September 2008

Salam Sejahtera.

kepada semua warga PPSM, pihak PPSM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir dan Batin.

Saya mewakili pihak AJKT PPSM ingin memohon seribu keampunan dan kemaafan dari saudara dan saudari sekalian.

penuh sesak dijalan raya,
semuanya pulang ke kampung halaman,
marilah kita menyambut raya,
jangan pula study kita lupakan.

Salam Aidilfitri.

Sunday 14 September 2008

PPSM akan mengadakan Majlis Hari Raya dan Penghargaan Felo Penasihat PPSM. Program tersebut dibawah kendalian Eksekutif Timbalan Pengerusi (ETP).

Pihak Penganjur mengharapkan kepada semua ahli PPSM mengharapkan sokongan daripada semua ahli PPSM bagi melancarkan program tersebut.
maklumat lanjut tentang program tersebut :

Program : Majlis Hari Raya dan Penghargaan Felo Penasihat
Tempat : Foyer/Kalangkasar, Kolej Ibrahim Yaakub
Tarikh : 11 Oktober 2008 (Sabtu)
Anjuran : Eksekutif Timbalan Pengerusi (ETP)
Bayaran : RM 4.00

Bayaran tersebut bolehlah dibayar kepada Nazihah (bendahari Program) atau boleh berurusan di talian 017 6068220.

Segala kerjasama anda sangat dihargai.

Sekian, terima kasih

PPSM telah menjalankan program keushawanan. program ini melibatkan Eksekutif Pengurusan Siber (EPS). dalam usaha yang di jalankan, beberapa barangan yang dijual telah mendapat sambutan daripada ahli PPSM dan juga pelajar-pelajar di Kolej Ibrahim Yaakub.
Program ini dijalankan dengan pihak pengurusan (AJK) mengambil tempahan daripada pembeli dan mengederkannya sebelum @ selepas Hari Raya. Antara produk yang ditawarkan ialah
Kad + Epal RM 1.70
Kad + Kismis + Kurma 2.00
Kad + Coklat 2.00
Kad + Lolipop 2.50
bagi harga kad ialah RM 0.50
Di harap ahli PPSM dapat membeli produk PPSM tersebut demi menjayakan lagi program tersebut.

sekian.

Monday 8 September 2008

PPSM telah menjalankan Program Interaksi. pada program yang sama, pihak PPSM berjaya menghasilkan bendera terpanjang di Tasik Kejuruteraan. walaupun pada hari tersebut terdapat 3 program yang dijalankan oleh pihak lain (persatuan lain) secara berasingan di kawasan tersebut, namun PPSM berjaya menjalankan program tersebut dengan jayanya.

Tahniah dan syabas kepada yang terlibat.

Sekian.

jalankan tanggungjawab anda sebaik mungkin.

Saturday 2 February 2008

Greetings to all.
Welcome to our new PPSM Blogspot Website.
Stay tuned for more updates!

http://ppsmkiy.blogspot.com

 

blogger templates | Make Money Online